ALOR STAR: “Syukur sekiranya benar dia ditahan. Saya berharap selepas ini tidak lagi menerima iklan lucah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengganggu kehidupan kami.”
Itu adalah luahan eksekutif pemasaran yang hanya mahu dikenali sebagai Zahid, 38, sebaik membaca laporan akhbar semalam bahawa seorang pengurus sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka ditahan kerana disyaki menjual klip video lucah kepada orang ramai melalui SMS.
“Jika dia ditahan, doa saya dimakbulkan kerana dia (dalang penyebaran klip video lucah) menghantar SMS secara rambang tanpa mengetahui sama ada ia diterima pelajar, wanita atau orang tua,” katanya.
“Ini kerana di rumah, saya dan anak menerima SMS yang sama tanpa kami ketahui daripada mana penghantar mengetahui nombor telefon kami,” katanya.
Katanya, penahanan lelaki itu adalah satu kejayaan pihak berkuasa terutama apabila orang yang disyaki hidup mewah termasuk memperolehi pendapatan sehingga RM11 juta.
Zahid berkata, dia percaya ada antara pelanggan adalah mereka yang melakukan kesilapan terbalas SMS berkenaan dan akhirnya terpaksa menanggung bil yang tinggi.
“Saya mempunyai rakan yang terpaksa menanggung bil hingga lebih RM100 daripada aktiviti SMS membabitkan nombor yang sama dan akhirnya dia terpaksa ke kedai syarikat telekomunikasi untuk menyekat daripada terus menerima SMS berkenaan.
No comments:
Post a Comment